Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Susut Hari Ketiga Berturut-turut Susulan Alternatif Minyak Sayuran Lebih Murah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Susut Hari Ketiga Berturut-turut Susulan Alternatif Minyak Sayuran Lebih Murah

Niaga Hadapan MSM Susut Hari Ketiga Berturut-turut Susulan Alternatif Minyak Sayuran Lebih Murah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 25 Mac(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) diBursa Malaysia Derivatives meneruskan penurunannya untuk hari ketiga berturut-turut pada Selasa.

Penurunan itu disebabkanpeniaga dibebanikebimbangan yang semakin meningkat mengenai permintaan yang lemah dalam beberapa minggu akan datang susulan ketersediaan alternatif minyak sayuran yang lebih murah, kata peniaga minyak sawit, David Ng.

"Kami melihat paras sokongan pada RM4,150 setiap tan dan paras rintangan pada RM4,380 setiaptan," katanya kepada Livevartha.

Pada penutup dagangan, kontrak April 2025 susut RM25 kepada RM4,564 setiap tan, kontrak Mei 2025 turun RM55 kepada RM4,377dan kontrak Jun 2025 merosotRM60 kepada RM4,245 setiap tan.

Kontrak Julai 2025 menyusutRM52 kepada RM4,146, kontrak Ogos 2025 berkurangRM44 kepada RM4,081dan kontrak September 2025 kehilangan RM38 kepada RM4,045 setiap tan.

Jumlah dagangan melonjakkepada 103,859 lot daripada 86,568 lot ketika ditutup padaIsninmanakala kepentinganterbuka naik kepada 257,257 kontrak daripada 256,611 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk April Selatanturun RM20 kepadaRM4,680 setiap tan.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...