Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Naik Melebihi RM4,500 Satu Tan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Naik Melebihi RM4,500 Satu Tan

Niaga Hadapan MSM Naik Melebihi RM4,500 Satu Tan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (CPO) Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini dengan kontrak penanda aras April 2025 melebihi RM4,500 satu tan selepas didorong oleh kebimbangan terhadap output yang lemah dan jangkaan permintaan menjelang Ramadan.

Peniaga minyak sawit, David Ng menyatakanpengukuhan hargaminyak kacang soya turut menyumbang kepada kenaikan harga MSM.

"Kami menjangkakan MSMmendapat sokongan pada paras RM4,400 dan rintangan pada RM4,650," katanya kepada Livevartha.

Ketua Penyelidik Komoditi Sunvin Group dari Mumbai, Anilkumar Bagani menjelaskankekuatan di pasaran berkaitan telah menyokong harga minyak sawit, di tengah-tengah gangguan yang terkait dengan cuaca yang mempengaruhi pengeluaran dan pengangkutan sawit di Malaysia serta Indonesia.

Di samping itu, spekulasi pasaran semakin bertambah bahawa Indonesia mungkin meningkatkan levi eksport bagi MSM hingga 10 peratus atau lebih tinggi berbanding 7.5 peratus sekarang ini, walaupun belum ada pengumuman rasmi.

Pada penutup, kontrak Februari 2025 melonjak RM103 kepada RM4,781 satu tan, Mac 2025 menokok RM93 kepada RM4,601 satu tandan April 2025 mengukuh sebanyak RM101 kepada RM4,504 satu tan.

Mei 2025 bertambahRM95 kepada RM4,409 tan, Jun 2025 adalah RM89 lebih baikkepada RM4,320 satu tandan Julai 2025 untung RM82 kepada RM4,261 satu tan.

Jumlah dagangan melonjak kepada 100,050 lot berbanding 80,473 lot yang dicatatkan pada Khamis, manakala kepentingan terbuka melebar kepada 227,401 kontrak daripada 223,563 sebelum ini.

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Naik Melebihi RM4,500 Satu Tan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...