Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Untuk Ditutup Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Untuk Ditutup Tinggi

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Untuk Ditutup Tinggi

David Ng

Dr Sathia Varqa

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives melanjutkan keuntungan untuk ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki kenaikan dalam pasaran minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata harga minyak mentah yang lebih mantap turut mempengaruhi sentimen pasaran.

“Kami melihat sokongan pada paras RM3,900 satu tan dan rintangan pada RM4,080 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics, Sathia Varqa berkata keuntungan kukuh dalam minyak sayuran berkaitan di Dalian serta Bursa Komoditi Zhengzhou, Chinadan Chicago Mercantile Exchange (CME) Amerika Syarikat (AS) mencetuskan kerancakan membeli pada sesi pertama.

Pada penutup, kontrak bulan semerta September 2024 meningkat RM28 kepada RM4,075 satu tan, Oktober 2024 naik RM35 kepada RM4,015 satu tandan November 2024 menokok RM37 kepada RM3,977 satu tan.

Kontrak Disember 2024 bertambah sebanyak RM33 kepada RM3,945 satu tan, Januari 2025 menokok RM26 kepada RM3,924 satu tandan Februari 2025 melonjak RM18 kepada RM3,910 satu tan.

Jumlah dagangan bertambah kepada 63,742 lot daripada 56,204 lot yang disaksikan semalam, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 230,900 kontrak daripada 224,753 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi September Selatan adalah RM30 lebih baik kepada RM4,100 satu tan.

Related Articles

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada 4.40-4.45 Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada 4.40-4.45 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 8 Feb(Livevartha) — Perkembangan perdagangan dan sentimen risiko yang meluas...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Lebih Tinggi Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah KUALA LUMPUR, 8 Feb (Livevartha) –Niaga hadapan emas...

Bursa Malaysia Dijangka  Alami Dagangan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Alami Dagangan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 8 Feb(Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Aliran Menurun Minggu Depan Susulan Pengambilan Untung
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Aliran Menurun Minggu Depan Susulan Pengambilan Untung

Kredit: MPOC Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 8 Feb (Livevartha)...