Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif meneruskan trend menaiknya untuk ditutup lebih tinggi hari ini selepas sentimen pasarandirangsang oleh kenaikan dalam harga minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago.

Pedagang minyak sawit David Ng berkata jangkaan peningkatan dalam permintaan MSM dari China dan pasaran lain turut menyumbang kepada pengukuhan harga.

"Kami melihat sokongan pada paras RM3,800 satu tan dan rintangan pada RM4,000 satu tan," katanya kepada Livevartha.

Pada penutup, kontrak Jun 2025 meningkat sebanyak RM32 kepadaRM3,867 satu tan, Julai 2025 bertambah sebanyak RM32 kepadaRM3,875 satu tan dan Ogos 2025 melonjak RM35 kepada RM3,868 satu tan.

September 2025 mencatatkan keuntungan sebanyak RM37 kepadaRM3,862 satu tan, Oktober 2025 memperoleh RM36 kepadaRM3,865 satu tandan November 2025 melonjak RM33 kepada RM3,866 satu tan.

Jumlah dagangan melebar kepada 49,593 lot berbanding34,817 yang disaksikan semalam, manakala kepentingan terbuka adalah lebih rendah pada 243,185 kontrak daripada 243,913 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal untuk Jun Selatan bertambah sebanyak RM30 kepada RM3,900 satu tan.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...