Tuesday , 14 January 2025
Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Melonjak Berikutan Pengukuhan Pasaran Minyak Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Melonjak Berikutan Pengukuhan Pasaran Minyak Soya

Niaga Hadapan MSM Melonjak Berikutan Pengukuhan Pasaran Minyak Soya

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Livevartha) –Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh pengukuhan dalam pasaran minyak kacang soya,kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau memberitahu Livevartha bahawa kadar eksport yang lebih baik daripada jangkaan juga dilihat sebagai faktor penyumbang kepada kenaikan harga.

“Oleh itu, kami melihat harga hari ini disokong dengan baik di atas RM3,900 dengan rintangan pada paras RM4,000,” kata Ng.

Pada penutupan, kontrak bulan semerta Ogos 2024 meningkat RM36 kepada RM4,044 satu tan, September 2024 naik sebanyak RM25 kepada RM3,975 satu tandan Oktober 2024 melonjakRM24 kepada RM3,942 satu tan.

Kontrak November 2024menokokRM25 kepada RM3,927 satu tan, Disember 2024 bertambah RM21 kepada RM3,925 satu tan dan Januari 2025 mencatatkan kenaikan sejumlah RM17 kepada RM3,933 satu tan.

Jumlah dagangan menyusut kepada 52,074 lot berbanding 66,335 lot yang disaksikan semalam, manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 218,561 kontrak daripada 222,405 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan adalah RM20 lebih baik kepada RM4,060 satu tan.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Teruskan Kenaikan, Dipacu Pasaran Kukuh Minyak Sayuran Di China
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Teruskan Kenaikan, Dipacu Pasaran Kukuh Minyak Sayuran Di China

Dr Sathia Varqa David Ng Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR,...

Jualan Saham Teknologi, Utiliti Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Pasaran

Jualan Saham Teknologi, Utiliti Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 13 Jan(Livevartha) — Indeks petunjuk utama...

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Rendah, Menjejaki Pasaran Niaga Hadapan Serantau
Pasaran

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Rendah, Menjejaki Pasaran Niaga Hadapan Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 13 Jan (Livevartha) –Pasaran getah...

Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil Berikutan Operasi BNM
Pasaran

Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil Berikutan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Livevartha) — Kadar antara bank jangka pendek ditutup...