Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Untuk Hari Kelima Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Untuk Hari Kelima Berturut-turut

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Untuk Hari Kelima Berturut-turut

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 29 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi untuk hari kelima berturut-turut hari ini, dipacu oleh pengukuhan harga minyak kacang soya.

Peniaga minyak sawitDavid Ng berkata sentimen untuk komoditi itu turut dirangsang oleh kelemahan ringgit berbanding dolar AS, sekali gus menjadikan ia lebih menarik kepada pembeli asing.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM3,800 setan dan paras rintangan pada RM4,000 setan,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2025 meningkat RM30 kepada RM3,929 setan, Julai 2025 naik RM34 kepada RM3,942 setandan Ogos 2025 menokok RM33 kepada RM3,932 setan.

Kontrak September 2025 bertambah RM31 kepada RM3,921 setan, Oktober 2025 melonjak RM30 kepada RM3,919 setandan November 2025 mengukuh RM27 kepada RM3,920 setan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 69,553 lot daripada 68,326 lot semalam, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 244,448 kontrak daripada 242,428 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Jun Selatan menokok RM40 kepada RM3,960 setan.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Untuk Hari Kelima Berturut-turut
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...