Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Prestasi Eksport Lebih Kukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Prestasi Eksport Lebih Kukuh

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Prestasi Eksport Lebih Kukuh

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 20 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasadisokong oleh prestasi eksport yang lebih kukuh, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Katanya, harga minyak sawit olein yang lebih kukuh di Bursa Komoditi Dalian turut meningkatkan sentimen pasaran.

“Kami melihat paras sokongan pada RM3,800 setiap tan dan paras rintangan pula pada RM4,000 setiap tan,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutupdagangan, kontrak bulan semertabaharu bagi Jun 2025 naik RM29 kepada RM3,920 setiap tan, Julai 2025 meningkat RM29 kepada RM3,922 setiap tandan Ogos 2025 menokokRM26 kepada RM3,908 setiap tan.

Kontrak bagi September 2025 berkembangRM23 kepada RM3,897 setiap tan, Oktober 2025 bertambahRM22 kepada RM3,894 setiap tandan November 2025 melonjakRM20 kepada RM3,897 setiap tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 74,851 lot daripada56,961 lot semalammanakala kepentingan terbuka bertambahkepada 242,380 kontrak daripada237,903 kontrak.

Harga fizikal MSMbagi Jun Selatan naik RM10 kepada RM3,960 setiap tan.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...