Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 19 Mac(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi padaRabu, mengubah kerugian pada awalnyasusulanharga minyak kacang soya yang lebih kukuh, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata kenaikan minyak kacang soya disebabkan prospek permintaan yang lebih kukuh, terutamanya dari India dan China.

“Perkembangan cuaca yang memburuk di kawasan penanaman utama tertentu, yang mungkin menjejaskan prospek tanaman dandengan itumenyokong harga minyak kekacang.

"Kami mengesan paras sokongan pada RM4,350 setan dan paras rintangan pada RM4,580 setan," katanya kepada Livevartha hari ini.

Pada penutup dagangan, bulan semerta baharu April 2025 melonjak RM29 kepada RM4,634 setan, Mei 2025 meningkat RM26 kepada RM4,492 setan, dan Jun 2025 naik RM23 kepada RM4,389 setan.

Kontrak Julai 2025 bertambah RM17 kepada RM4,286 setan, Ogos 2025 dan September 2025 masing-masing naik RM19 kepada RM4,214 setan dan RM4,175 setan.

Jumlah dagangan melonjak kepada 96,070 lot daripada 80,160 ketika ditutup pada Isnin, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 250,149 kontrak daripada 250,640 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untukMac Selatan susut RM20 kepada RM4,780 setan.

Related Articles

Minat Buru Saham Harga Rendah Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal
Pasaran

Minat Buru Saham Harga Rendah Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 8 April (Livevartha)– Bursa Malaysia kembali...

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS, Mengukuh Dengan Mata Wang Utama Lain
Pasaran

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS, Mengukuh Dengan Mata Wang Utama Lain

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 8 April (Livevartha)– Ringgit memulakan urus...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Jualan Komoditi Global, Ketidakpastian Tarif AS
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Jualan Komoditi Global, Ketidakpastian Tarif AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 7 April(Livevartha) –Kontrak...

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS, Mengukuh Dengan Mata Wang Utama Lain
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Ketidaktentuan Pasaran Berterusan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 7 April (Livevartha) — Ringgit dibuka...