Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Paras Eksport Lebih Kukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Paras Eksport Lebih Kukuh

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Paras Eksport Lebih Kukuh

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin berikutan kadar eksport yang lebih kukuh dan jangkaan pengeluaran yang lemah dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kata peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata pengeluaran MSM telah memasuki tempoh hasil yang lebih rendah secara bermusim, yang kebiasaannya mengakibatkan pengeluaran berkurangan.

“Ini dijangka mengurangkan paras stok keseluruhan negara, yang seterusnya akan mewujudkan paras sokongan bagi harga MSM. Kami melihat paras sokongan pada RM4,200 dan rintangan pada RM4,380,” katanya kepada Livevartha.

Menurut syarikat pemeriksaan bebas AmSpec Agri Malaysia, eksport produk minyak sawit Malaysia untuk tempoh 1-20 Oktober meningkat 9.5 peratus kepada 976,822 tan daripada 892,017 tan yang dieksport pada 1-20 September.

Pada penutupan dagangan hari ini, kontrak bulan semerta November 2024 meningkat RM48 kepada RM4,366 satu tan manakala Disember 2024 naik RM48 kepada RM4,322 dan Januari 2025 menambah RM44 kepada RM4,299.

Kontrak Februari 2025 naik RM36 kepada RM4,259 satu tan, Mac 2025 melonjak RM33 kepada RM4,222 dan April 2025 menambah RM27 kepada RM4,179.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 54,971 lot daripada 104,397 pada Jumaat manakala kepentingan terbuka lebih rendah kepada 255,657 kontrak daripada 258,075 sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan tidak berubah pada RM4,400 satu tan.

Related Articles

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Musim Cuti Dijangka Pengaruhi Pergerakan Ringgit Dalam Julat Kecil Minggu Depan
Pasaran

Musim Cuti Dijangka Pengaruhi Pergerakan Ringgit Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Ringgit...