Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Kacang Soya Kukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Kacang Soya Kukuh

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Kacang Soya Kukuh

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutuplebih tinggi hari ini susulan harga minyak kacang soya dan minyak mentah yang lebih kukuh.

Peniaga minyak sawitDavid Ngberkata ringgit yang lebih lemah juga dilihat sebagai faktor positif yang menyokong harga dalam jangka pendek.

"Kami melihat harga disokong pada paras RM3,750 setiap tan dan paras rintangan pada RM3,950 setiap tan," katanya kepada Livevartha.

Pada penutup dagangan, Mei 2025 naik RM18 kepada RM3,790 setiaptan, Jun 2025 meningkat RM16 kepada RM3,813 setiaptan, Julai 2025 menokokRM13 kepada RM3,814 setiaptan, Ogos 2025 menambah RM7 kepada RM3,827 setiaptan, September 2025 bertambah RM4 kepada RM3,837 setiaptandan Oktober 2025 melonjakRM7 kepada RM3,853 setiaptan.

Jumlah dagangan pula merosot kepada 89,661 lot daripada 96,041 lot semalammanakala kepentingan terbuka meningkat kepada 240,098 kontrak daripada 235,144 kontrak sebelumnya.

Harga fizikal MSM bagi Mei Selatan naik RM30 kepada RM3,850 setiaptan.

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 12 Mei (Isnin) sempena cuti umum Hari Wesakdan akan memulakan semula operasi pada 13 Mei (Selasa).

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...