Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Eksport Kukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Eksport Kukuh

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Eksport Kukuh

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Jun(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, didorong oleh prestasi eksport yang lebih kukuh dan harga minyak kacang soya yang lebih tinggi di Chicago Board of Trade (CBOT), kata peniaga minyak sawit David Ng.

Bagaimanapun, katanya, jangkaan peningkatan paras stokterus memberi tekanan kepada harga.

“Kami melihat paras sokonganpada RM3,800 setan metrik dan paras rintangan pada RM4,000 setan metrik,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, ketua penyelidikan komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani menganggarkan inventori minyak sawit Malaysia bagi bulan Mei meningkat kepada 1.997 juta tan metrik disokongpeningkatan pengeluaran sebanyak2.7, import20 peratus dan eksport19.75 peratus serta penggunaan domestik yang stabil.

"Tinjauan Bloomberg juga menunjukkan stok akhir Mei berjumlahkira-kira 2.01 juta tan metrik. Data daripada Persatuan Pengilang Minyak SawitSemenanjung Selatan(SPPOMA) menunjukkan pengeluaran minyak sawit di kilang Semenanjung Selatan bagiMei 2025 meningkat hanya 3.53 peratus berbanding April.

“Pasaran kini sedang menunggu unjuran pengeluaran penuh Mei daripada Persatuan Minyak Sawit Malaysia dan UOB Kay Hian,” katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2025 meningkatRM8 kepada RM3,946 setan metrikmanakala Julai 2025 dan Oktober 2025 menambah RM18 masing-masing kepada RM3,965 setan metrik dan RM3,933 setan metrik.

Kontrak Ogos 2025 naik RM14 kepada RM3,948 setan metrik, September meningkat 2025 kepada RM3,937 setan metrik danNovember 2025 menokokRM16 kepada RM3,931 setan metrik.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data Ekonomi AS Lembap
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data Ekonomi AS Lembap

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 6 Jun (Livevartha)...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Belian Semasa Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Belian Semasa Harga Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 5 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Ketika Data Ekonomi AS Lemah
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Ketika Data Ekonomi AS Lemah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 5 Jun (Livevartha)...

Ringgit Ditutup Tinggi Susulan Dolar AS Lebih Rendah, Risiko Inflasi Lebih Tinggi
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Susulan Dolar AS Lebih Rendah, Risiko Inflasi Lebih Tinggi

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 5 Jun (Livevartha) –Ringgit ditutup tinggi...