Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Belian Harga Rendah, Minyak Kacang Soya Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Belian Harga Rendah, Minyak Kacang Soya Meningkat

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Belian Harga Rendah, Minyak Kacang Soya Meningkat

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggipada Rabu.

Prestasi memberangsangkan itudipacuoleh belian pada harga rendahselainpeningkatanberlarutandaripada niaga hadapan minyak kacang soya Chicago Board of Trade (CBOT) sertaharga tenaga semalaman.

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpusat di Mumbai, Anilkumar Baganibagaimanapun berkata pasaran masih kurang keyakinan terhadap prospek minyak sawit yang berkembang.

"Hal ini disebabkan oleh penutupanberterusan oleh dana China dalam niaga hadapan minyak sawit yang ditapis, dilunturdan dinyahbau(RBD) di Bursa Komoditi Dalian, kekurangan pembelian destinasi, pertumbuhan pengeluaran yang lebih kukuh daripada jangkaan selain berlakupenurunan eksport minyak sawit Malaysia,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics, Dr Sathia Varqaberkata niaga hadapan MSMditutup lebihtinggi sedikithari ini selepas momentum pembelian pada harga rendah berkurangan dan peniagamenarik diri susulandipengaruhi asas pengeluaran yang meningkat.

"Asas pengeluaran yang lebih tinggi pada Mac, ditambah dengan eksport yang lebih rendah menghalang kenaikan sertamenyebabkan peniaga bertaruh pada peningkatan stok simpananakhirbulan," katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak April 2025 meningkat RM24 kepada RM4,588 setiap tan, Mei 2025 naikRM12 kepada RM4,389 setiap tandan Jun 2025 melonjak RM14 kepada RM4,259 setiap tan.

Julai 2025 bertambahRM19 kepada RM4,165 setiap tan, Ogos 2025 berkembangRM20 kepada RM4,101 setiap tandan September 2025 mencatatkan kenaikan RM16 kepada RM4,061 setiap tan.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...