Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah(MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, menjejakipasaran minyak kacang soya yang lebih kukuh di Chicago Board of Trade (CBOT), kata seorang peniaga.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata harga minyak mentah yang lebih tinggi dan jangkaan pengeluaran yang lebih lemah dalam beberapa minggu akan datang turut meningkatkan sentimen pasaran.
“Oleh itu, kami melihat paras sokongan pada RM4,650 satu tan dan paras rintangan pada RM4,850 satu tan,” katanya kepada Livevartha.
Dalam pada itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Kumpulan Sunvin yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata, harga MSM mula pulih berikutan pembelian murah disebabkan pemulihan niaga hadapan minyak kacang soya CBOT, dipacu oleh ancaman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mengancam mengenakan 25 peratus tarif ke atas produk Mexico dan Kanada yangmemasuki ke negara itu.
Menurut Anilkumar, eksport minyak sawit Malaysia untuk tempoh 1 hingga 25 Nov, 2024 seperti yang dianggarkan oleh AmSpec Agri Malaysia turun sebanyak 8.19 peratus kepada 1.16 juta tanmanakala Intertek Testing Services mengunjurkan penurunan 9.22 peratus kepada 1.20 juta tan bagitempoh 1 hingga 25 Okt, 2024.
Selain itu, beliau berkata Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) menjangkakan pengeluaran minyak sawit Malaysia akan merosot sebanyak 5.19 peratus untuk tempoh 1 hingga 20 Nov, 2024.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Disember 2024 meningkat RM22 kepadaRM4,851 setiap tan, Januari2025 berkembang RM33 kepadaRM4,800 setiap tan dan Februari2025 melonjakRM36 kepada RM4,735 setiap tan.
Kontrak Mac2025 bertambahRM43 kepadaRM4,650 setiap tan, April 2025 meningkat RM50 kepadaRM4,564 setiap tan dan Mei2025 melonjak RM51 kepadaRM4,480 setiap tan.