Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Disokong Minyak Kacang Soya Yang Kukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Disokong Minyak Kacang Soya Yang Kukuh

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Disokong Minyak Kacang Soya Yang Kukuh

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives kekal ditutup tinggi pada Jumaat, menjejaki kekukuhan di pasaran minyak kacang soya, kata peniaga minyak sawit David Ng.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM3,700 satu tan dan rintangan pada RM3,850 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata niaga hadapan MSM ditutup tinggi susulan peningkatan semula yang dicatatkan pasaran minyak soya, minyak biji sawi dan tenaga dalam tempoh semalaman.

Beliau berkata prestasi itu turut didorong pemulihan kukuh berterusan di niaga hadapan minyak minyak sayuran China semasa waktu dagangan Asia.

“Pembelian konsisten oleh India juga menyokong pasaran minyak sawit,” katanya.

Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semasa Ogos 2024 meningkat RM24 kepada RM3,831 satu tan, September 2024 menokok RM33 kepada RM3,803 satu tan dan Oktober 2024 naik RM42 kepada RM3,746 satu tan.

Kontrak November 2024 melonjak RM41 kepada RM3,723 satu tan, Disember 2024 menambah RM37 kepada RM3,717 satu tan, dan Januari 2025 meningkat RM40 kepada RM3,726 satu tan.

Jumlah dagangan berkurang kepada 58,890 daripada 76,438 lot Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 278,122 kontrak daripada 222,812 kontrak.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...