Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Didorong Oleh Harga Minyak Kacang Soya Lebih Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Didorong Oleh Harga Minyak Kacang Soya Lebih Tinggi

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Didorong Oleh Harga Minyak Kacang Soya Lebih Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri penurunan selama dua hari dengan ditutup tinggi pada Khamis, didorong oleh harga minyak soya yang lebih tinggi sewaktu dagangan Asia, kata peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata kebimbangan terhadap penyusutan pengeluaran dalam beberapa minggu kebelakangan ini turut mempengaruhi sentimen pasaran.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM3,830 satu tan dan rintangan pada RM4,000 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Sathia Varqa berkata pembelian semasa harga murah yang sekali-sekala dan prestasi berbeza di Bursa Komoditi Dalian China membantu mengekalkan pasaran.

“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh ringgit yang lebih tinggi berbanding dolar AS, manakala eksport minyak sawit dijangka rendah pada akhir bulan ini,” katanya.

Pada penutupan dagangan, September 2024 meningkat RM27 kepada RM4,047 satu tan, Oktober 2024 naik RM21 kepada RM3,980 satu tan, dan November 2024 bertambah RM20 kepada RM3,940 satu tan.

Disember 2024 menokok RM17 kepada RM3,912 satu tan, Januari 2025 naik RM18 kepada RM3,898 satu tan, dan Februari 2025 meningkat RM19 kepada RM3,892 satu tan.

Jumlah dagangan berkurang kepada 56,204 lot daripada 62,281 lot ketika ditutup pada Rabu, manakala kepentingan menokok kepada 224,753 kontrak daripada 223,767 kontrak.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...