Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Sentimen Eksport Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Sentimen Eksport Lemah

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Sentimen Eksport Lemah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 11 Mac(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah apabila sentimen menjadi lemah berikutan kadar eksport yang lebih perlahan mengheret penurunan harga, kata peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata peserta pasaran akan memantau dengan teliti anggaran eksport dan prospek pengeluaran dalam beberapa minggu akan datang.

"Ringgit yang mengukuh berbanding dolar AS juga menyumbang kepada sentimen yang lemah," katanya kepada Livevartha.

Dari segi perspektif teknikal, harga MSM mendapat paras sokongan pada RM4,400 setan dan paras rintangan pada RM4,680 setan.

Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2025 turun RM39 kepada RM4,737 setan, April 2025 meningkat RM17 kepada RM4,633 setan, dan Mei 2025 susut RM11 kepada RM4,488 setan.

Sementara itu, kontrak Jun 2025 merosot RM12 kepada RM4,370 setan, Julai 2025 turun RM4 kepada RM4,274 setan, dan Ogos 2025 susut RM3 kepada RM4,212 setan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 114,939 lot daripada 95,316 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka susut kepada 239,274 kontrak daripada 244,496 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Mac Selatan susut RM10 kepada RM4,840 setan.

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...