Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Pasaran Minyak Kacang Soya Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Pasaran Minyak Kacang Soya Lemah

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Pasaran Minyak Kacang Soya Lemah

David Ng

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives menamatkan kenaikan selamalima haridan ditutup lebih rendah pada Jumaat, dipengaruhi oleh kelemahan pasaran minyak kacang soya, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata paras sokongan dan paras rintangan masing-masing dilihat pada RM3,800 dan RM4,000 setiap tan.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil AnalyticsDr Sathia Varqa berkata kontrak niaga hadapan MSMditutup lebih rendah apabila para peniagamengambil untung menjelang cuti hujung minggu yang panjang.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semertaJun 2025 susut RM41 kepada RM3,888 setiap tan, Julai 2025 turun RM51 kepada RM3,491 setiap tan dan Ogos 2025 merosot RM54 kepada RM3,878 setiap tan.

Kontrak September 2025 berkurangRM51 kepada RM3,870 setiap tan, Oktober 2025 menguncupRM49 kepada RM3,870 setiaptandan November 2025 merosot RM46 kepada RM3,874 setiap tan.

Jumlah dagangan mengecil kepada 59,698 lot daripada 69,553 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 241,994 kontrak daripada 244,448 kontrak sebelumnya.

Harga fizikal MSMuntuk Jun Selatan menyusutsebanyak RM30 kepada RM3,930 setiap tan.

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 2 Jun bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan akan bersambung operasi pada 3 Jun (Selasa).

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...