Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 Okt(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis susulankelemahan dalam niaga hadapan minyak kacang soya Chicago Board of Trade (CBOT), kata peniaga minyak sawit David Ng.
“Kami melihat paras sokongan pada RM4,200 satu tan dan paras rintangan pada RM4,350 satu tan,” katanya kepada Livevartha.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Kumpulan Sunvin yang berpangkalan di MumbaiAnilkumar Bagani berkata keputusan Kesatuan Eropah (EU) untuk menangguhkan pelaksanaan Peraturan Penyahhutanan EU (EUDR) selama setahun telah mewujudkan sentimen yang sedikit menurun bagi minyak sawit Malaysia.
Beliau berkata eksport minyak sawit Malaysia bagi separuh pertama Oktober dilihat lebih tinggi sebanyak dua digitmanakala dataPersatuan Pengusaha Kelapa Sawit Semenanjung Selatan (SPPOMA) menunjukkan pengeluaran minyak sawit kilang semenanjung selatan merosotsebanyak 7.6 peratus secara bulanan.
“Malaysia juga mengekalkan cukai eksport minyak sawitnya pada kadarlapan peratus untukNovember daripadaOktober sambil menyemak semula harga rujukan kepada RM3,949.73 satu tan, meningkat daripada RM3,839.10 pada Oktober,” katanya.
Pada penutup dagangan hari ini, kontrak bulan semerta November 2024 menyusut RM30 kepadaRM4,342 setiap tan,Disember 2024 merosotRM36 kepadaRM4,299 setiap tan dan Januari2025 berkurang RM33 kepada RM4,278 setiap tan.
Februari2025 menyusut RM35 kepadaRM4,243 setiap tan,Mac2025 berkurangRM33 kepadaRM4,207 setiap tan danApril 2025 turunRM33 kepadaRM4,167 setiap tan.
Jumlah dagangan berkurang kepada100,646 lotdaripada 118,488 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkembang kepada261,981 kontrak daripada 250,999 kontrak sebelumnya.