Kredit: MPOC
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini untuk hari keenam berturut-turutberikutan harga minyak mentah yang lemah dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat yang memberi tekanan kepada pasaran.
Peniaga minyak sawit, David Ng memberitahu Livevartha iaitukebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran juga dilihat sebagai faktor yang menekan sentimen pasaran.
“Kami melihat paras sokongan pada RM3,850 satu tan dan paras rintangan pada RM4,080 satu tan,” kata Ng.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata pasaran sedang menunggudata daripada Persatuan Pengilang-Pengilang Kelapa Sawit Semenanjung Selatan(SPPOMA), UOB Kay Hian dan Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) bagi tempoh 1 hingga 20 April.
Data tersebut untuk mengesahkan pemulihan pengeluaran minyak sawit dua digitpada bulan April secara bulanan.
“Tetapi situasi makro yang semakin lemah dan kekurangan permintaan di pasaran destinasi utama minyak sawitterutamanya India memberi tekanan ke atas harga minyak sawit,” katanya.
Pada penutup dagangan, kontrak Mei 2025 susut sebanyak RM47 kepada RM4,070 satu tan, Jun 2025 turun RM54 kepada RM3,962 satu tan, Julai 2025 merosot RM65 kepada RM3,910 satu tan, Ogos 2025 berkurangRM67 kepada RM3,894 satu tan, September 2025 menurunRM75 kepada RM3,884 satu tandan Oktober 2025 mengecil sedikit iaitu sebanyak RM75 kepada RM3,884 satu tan.
Jumlah dagangan menyusut kepada 70,503 lot berbanding 72,684 lot pada Jumaat lepasmanakala kepentinganterbuka berkurangan kepada 238,488 kontrak berbanding 239,000 kontrak sebelumnya.