Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Jualan Komoditi Global, Ketidakpastian Tarif AS
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Jualan Komoditi Global, Ketidakpastian Tarif AS

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Jualan Komoditi Global, Ketidakpastian Tarif AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 7 April(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah susulanpenjualan global dalam komoditidisebabkan ketidaktentuan tarif Amerika Syarikat, kata peniaga minyak sawit, David Ng.

Beliau berkata harga minyak mentah Brent dan minyak kacang soya yang lebih rendah juga memberi tekanan ke atas harga berkenaan.

"Kami melihat paras sokongan pada RM4,100 dan paras rintangan pada RM4,300," katanya kepada Livevartha.

Pada penutupdagangan, kontrak April 2025 turun RM140 kepada RM4,562setiap tanmanakala Mei 2025dan Julai 2025 masing-masing berkurang RM136 kepada RM4,338 dan RM4,094.

Kontrak Jun 2025 menyusutsebanyak RM143 kepada RM4,185 setiap tan, Ogos 2025 kehilangan RM121 kepada RM4,042dan September 2025 merosotRM101 kepada RM4,023.

Jumlah dagangan melonjak kepada 110,726 lot daripada 90,621 lot ketika ditutupJumaat lepasmanakala kepentingan terbuka susut kepada 253,375 kontrak daripada 254,177 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untukApril Selatanmenyusut RM130 untuk berada padaRM4,650 setiap tan.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...