Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Seiring Harga Minyak Kacang Soya Lebih Lemah Di CBOT
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Seiring Harga Minyak Kacang Soya Lebih Lemah Di CBOT

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Seiring Harga Minyak Kacang Soya Lebih Lemah Di CBOT

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) diBursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis seiringdengan prestasi minyak kacang soya yang lebih lemah di Chicago Board of Trade (CBOT), kata peniaga minyak sawitDavid Ng.

Bagaimanapun, katanya, sentimen pasaran disokong oleh berita mengenai rancangan Indonesia untuk melaksanakan levi eksport yang lebih tinggi pada tahun depankerana negara itu mahumeningkatkan campuran biodiesel kepada 40 peratus (B40) bermula Januari 2025.

“Kami melihat paras sokongan pada RM4,450setiap tan dan paras rintangan pada RM4,700setiap tan,” kata Ng kepada Livevartha.

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2025 meningkatsebanyak RM52kepada RM4,752setiap tan danFebruari 2025 berkembangsebanyak RM17kepada RM4,636 setiap tan.

Namun, Mac 2025 merosot sebanyak RM21kepada RM4,508setiap tan, April 2025 turunRM43kepada RM4,384setiap tan, Mei 2025 menyusutRM64kepada RM4,279setiap tandan Jun 2025 menguncupRM80kepada RM4,191 setiap tan.

Jumlah dagangan melonjakkepada 157,030lot daripada 119,842 lot semalammanakala kepentingan terbuka bertambahkepada 251,239kontrak daripada 247,590 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untukJanuari Selatan susut sebanyak RM50 kepadaRM4,900 setiap tan.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Musim Cuti Dijangka Pengaruhi Pergerakan Ringgit Dalam Julat Kecil Minggu Depan
Pasaran

Musim Cuti Dijangka Pengaruhi Pergerakan Ringgit Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Ringgit...