Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Tarif AS Cetus Penjualan Komoditi Global
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Tarif AS Cetus Penjualan Komoditi Global

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Tarif AS Cetus Penjualan Komoditi Global

David Ng

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 9 April(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, di tengah-tengah penjualan komoditi global yang dicetuskan oleh pelaksanaan tarif AS, menurut peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkatapenurunan harga minyak mentah dan minyak kacang soya turut menyumbang kepada sentimen negatif dalam pasaran.

"Kami mendapati paras sokongan pada RM4,100 satu tan dan paras rintangan pada RM4,300 satu tan," katanya kepada Livevartha.

Pada penutup dagangan, kontrak April 2025 turun RM138 kepada RM4,426 satu tan, Mei 2025 susut RM41 kepada RM4,299 satu tan, manakala kontrak Jun 2025 dan Julai 2025 masing-masing jatuh RM40 kepada RM4,148 dan RM4,061 satu tan.

Kontrak Ogos 2025 menurun RM47 kepada RM4,011 satu tandan September 2025 susut RM54 kepada RM3,985 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 132,491 lot daripada 122,240 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 248,610 kontrak daripada 252,515 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk April Selatan menyusut RM50 untuk berada pada RM4,600 satu tan.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...