Saturday , 22 February 2025
Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Ambil Untung
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Ambil Untung

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Ambil Untung

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat selepas mencatatkan kenaikan awal, berikutan peniaga mengambil untung susulan kenaikan harga yang berterusan baru-baru ini, kata peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata kelemahan dalam pasaran minyak kacang soya dan minyak mentah turut mempengaruhi sentimen.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM3,950 dan rintangan RM4,100 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutupan dagangan, Oktober 2024 susut RM76 kepada RM4,159 satu tan, November 2024 menguncup RM93 kepada RM4,096 satu tan, manakala Disember 2024 yang menjadi penanda aras turun RM101 kepada RM4,051 satu tan.

Kontrak Januari 2025 kurang RM104 kepada RM4,014 satu tan manakala Februari 2025 dan Mac 2025 masing-masing merosot RM105 kepada RM3,979 dan RM3,945 satu tan.

Jumlah dagangan melonjak kepada 132,344 lot daripada 84,940 lot pada Khamis, manakala minat terbuka turun kepada 258,379 kontrak daripada 258,553 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan susut RM40 kepada RM4,210 satu tan.

— Livevartha

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — Ringgit...

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini
Pasaran

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — -Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Feb(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut Seiring Prestasi Global
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut Seiring Prestasi Global

KUALA LUMPUR, 21 Feb(Livevartha) — Niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup...