Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi Menjejaki Minyak Kacang Soya CBOT
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi Menjejaki Minyak Kacang Soya CBOT

Niaga Hadapan MSM  Ditutup Lebih Tinggi Menjejaki Minyak Kacang Soya CBOT

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Livevartha) –Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives pulihuntuk ditutup lebih tinggi padaRabu, menjejaki kenaikandalam niaga hadapan minyak kacang soya Chicago Board of Trade (CBOT) semalaman.

Peniaga minyak sawitDavid Ngberkata prospek eksport yang lebih baik dan unjuran pengeluaran yang lebih lemah juga meningkatkan sentimen untuk tanaman berharga ini.

"Anggaran eksport menunjukkan peningkatan kadar eksport pada bulan inimanakala tinjauan pengeluaran menunjukkan hasilpengeluaran lebih lemahyang mungkin mengurangkan tahap stok simpanan seluruhnegara.

"Oleh itu, iadilihat menyokong harga untuk niaga hadapan MSM," katanya kepada Livevartha.

Sehubunganitu, Ng meramalkan paras sokongan pada RM4,280 setiap tan dan paras rintangan pada RM4,450 setiap tan.

Pada penutup dagangan hari ini, kontrak bulan semerta November 2024 meningkat RM60 kepadaRM4,372 setiap tan,Disember 2024 berkembang RM63 kepadaRM4,335 setiap tan dan Januari2025 melonjak RM72 kepadaRM4,311 setiap tan.

Sementara itu, Februari2025, Mac2025 danApril 2025 meningkat RM71 masing-masing kepada RM4,278, RM4,240danRM4,200 setiap tan.

Jumlah dagangan bertambah kepada118,488 lot daripada 95,406 lot semalam manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 250,999 kontrak daripada 248,273 kontrak sebelumnya.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...