Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi

David Ng

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 2 April(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) diBursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu, menjejaki harga minyak kacang soya yang lebih kukuh dan anggaran eksport yang lebih tinggi, kata peniaga minyak sawit, David Ng.

Katanya, prestasi eksport yang lebih tinggi didorong oleh permintaan yang lebih tinggi mengikut musim.

“Setakat ini, terdapat dua sebab utama bagi permintaan yang kukuh iaitu permintaan meningkat mengikut musim dari China dan India serta levi cukai Indonesia yang lebih tinggi ke atas eksport MSM, yang menyebabkan minyak sawit dari Malaysia lebih menarik, sekali gus meningkatkan permintaan.

“Kami melihat paras sokongan pada RM4,500 dan paras rintangan pada RM4,650,” katanya kepada Livevartha.

Ketika ditutup, kontrak April 2025 meningkat RM80 kepadaRM4,842 setan, Mei 2025 menaik sebanyak RM97 kepadaRM4,648, Jun 2025 menokok RM98 kepadaRM4,517.

Sementara, Julai 2025 melonjak RM96 kepadaRM4,408 setan, Ogos 2025 meningkat sebanyak RM91 kepadaRM4,330 dan September 2025 naik RM83 kepadaRM4,283.

Jumlah dagangan menyusut kepada78,829 lot daripada89,655 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka menurun kepada256,769 kontrak daripada 258,352 kontrak sebelumnya.

Harga MSMfizikal bagi April Selatanmeningkat RM70 padaRM4,900 setan.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...