Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengatasi penyusutan awal pada Selasa apabila ditutup bercampur-campur susulan sesi dagangan yang tidak menentu.

Penganalisis KananFastmarkets Palm Oil Analytics Sathia Varqa berkata harga niaga hadapan minyak sawit itu dicatatkan susulan peningkatan harga minyak sayuran di Bursa Komoditi Dalian dan Bursa Komoditi Zhengzhou di China serta data pengeluaran yang lebih lemah lemah.

Tindakan beberapa peniaga melepaskan pegangan danmengambil untung,turut menambah sedikit tekanan ke atas pasaran, katanya.

“Unjuranpengeluaran yang dibuat oleh United Overseas Bank menunjukkan penurunan 7-11 peratus bagi 20 hari pertama Disember berbanding tempoh sama pada November yang turutmencerminkan tempoh pengeluaran bermusim yang lebih rendah.

“Penyusutan ini dijejaskan lagi oleh keadaan cuaca buruk, termasuk hujan dan banjiryang memberi kesan ke atas aktiviti penuaian. Berikutan itu, Disember menjadibulan keempat berturut-turut mencatat pengeluaran rendah," katanya kepada Livevartha.

Pada akhir dagangan hari ini,kontrak Januari 2025 susutRM6 kepada RM4,895 satu tan;Februari 2025 naik RM18 kepada RM4,701 satu tandan Mac 2025 menokok RM16 kepada RM4,558 satu tan.

KontrakApril 2025 menambah RM9 kepada RM4,421 satu tanmanakala Mei 2025 turun RM3 kepada RM4,312 satu tandan Jun 2025 susut RM2 kepada RM4,247 satu tan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 47,182 lot daripada 48,992 lot semalammanakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 240,879 kontrak daripada 244,206 kontrak, sebelum ini.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh

Kredit: MPOC Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha)...

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...