Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Dijangka Lengang Minggu Depan Berikutan Cuti Tahun Baharu Cina
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Lengang Minggu Depan Berikutan Cuti Tahun Baharu Cina

Niaga Hadapan MSM Dijangka Lengang Minggu Depan Berikutan Cuti Tahun Baharu Cina

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 25 Jan(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami dagangan lengang minggu depan berikutan perayaan Tahun Baharu Cina, menurut peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies, Jim Teh.

Beliau berkata dengan ramai peniaga berkemungkinan bercuti, julat harga akan tertumpu kepada pengambilan untung, secara amnya antara RM3,700 dan RM4,000 setan.

"Permintaan fizikal akan datang dari India, Pakistan, Timur Tengah, Kesatuan Eropah, dan Amerika Syarikat, dengan jangkaan tiada kekurangan minyak sawit minggu depan," katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, peniaga minyak sawit David Ng mengunjurkan pasaran MSM akan diniagakan secara mendatar berikutan minggu dagangan yang lebih pendek dan kekurangan petunjuk pasaran.

“Kami menjangkakan harga antara RM4,100 satu tan dan RM4,280 satu tan minggu depan,” katanya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Februari 2025 meningkatRM47 kepada RM4,488 satu tan, manakala Mac 2025 menokok RM70 kepada RM4,350 satu tan, dan April 2025 bertambah RM26 kepada RM4,216 satu tan.

Sebaliknya, kontrak Mei 2025 turun RM12 kepada RM4,110 satu tan, kontrak Jun 2025 susut RM36 kepada RM4,052 satu tan, dan kontrak Julai 2025 jatuh RM45 kepada RM4,025 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 383,178 lot daripada 445,885 lot minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 222,762 kontrak pada Jumaatberbanding 223,575 kontrak seminggu sebelumnya.

Related Articles

Bursa Malaysia Dijangka Alami Dagangan Secara Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Alami Dagangan Secara Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 25 Jan (Livevartha) — Bursa Malaysia dijangka...

Kadar Faedah AS Diumum Minggu Depan, Ringgit Dijangka Diniagakan Berhati-hati
Pasaran

Kadar Faedah AS Diumum Minggu Depan, Ringgit Dijangka Diniagakan Berhati-hati

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 25 Jan(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Pasaran Getah Dijangka Alami Kenaikan Sederhana Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Alami Kenaikan Sederhana Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 25 Jan(Livevartha) –Harga dan permintaan...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Alami Dagangan Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Alami Dagangan Kecil Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALALUMPUR, 25 Jan(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa...