Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Dijangka Kekal Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Kekal Tidak Menentu Minggu Depan

Niaga Hadapan MSM Dijangka Kekal Tidak Menentu Minggu Depan

Kredit: MPOC

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 12 April (Livevartha) –Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal tidak menentu pada minggu depan, kata peniaga.

Harga mungkin didagangkan dengan berhati-hati pada jajaran kecilantara RM3,800 hingga RM4,000 satu tan berikutan isyarat pasaran yang bercampur-campur selain ketidakpastian global yang berterusan, kata peniaga minyak sawit kanan Interband Group of Companies,Jim Teh.

“Tarif (berita) setakat ini tidak mempunyai kesan yang signifikan terhadap prestasi harga MSM. Prestasi harga MSM agak kukuh berbanding dengan pasaran ekuiti,” katanya kepada Livevartha.

Beliau ketika mengulas mengenai tahap inventori MSM berkatapasaran telah mengambil kira laporan bulan Mac, Lembaga Minyak Sawit Malaysia yang menunjukkan stok meningkat kepada sekitar 1.562 juta metrik tan.

Malahan, masih adastok simpanan yang besar di Indonesia. Beliau turut berkata di hadapan permintaan fizikal, permintaan tetap stabil dari China, India, Pakistan, negara-negara Timur Tengah dan Kesatuan Eropah.

Sementara itu, peniaga minyak sawit David Ng berkata harga boleh diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan iaitu dalam lingkungan RM4,050 hingga RM4,250 satu tan, di tengah-tengah ketidakpastian perang perdagangan Amerika Syarikat (AS) – China.

Dari Jumaat keJumaat, kontrak April 2025 jatuh RM241 kepada RM4,461 satu tan. Mei 2025 susut RM13 kepada RM4,461, manakala Jun 2025 menokok RM5 kepada RM4,333.

Kontrak Julai 2025 menambah RM103 kepada RM4,333 satu tan, Ogos 2025 naik RM49 kepada RM4,212, dan September 2025 menyaksikan keuntungan sebanyak RM88 kepada RM4,212 satu tan.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...