Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Pada Kecenderungan Menaik Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Pada Kecenderungan Menaik Minggu Depan

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Pada Kecenderungan Menaik Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 19 Okt(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan ke arah positif minggu depan berdasarkan jangkaan pertumbuhan pengeluaran yang lebih rendah dan kadar eksport yang lebih kukuh.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata kadar pengeluaran adalah lembap dan pengeluaran yang lebih lemah berkemungkinanmenyebabkan paras stok yang lebih rendah manakala permintaan eksport berdaya tahan dengan pembelian bermusim dari India menjelang perayaan Deepavali.

“Kami menjangkakan harga berada dalam lingkungan RM4,200 setan hingga RM4,400 setan minggu depan,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil AnalyticsSathia Varqa berkata beberapa pembetulan harga mungkin berlaku minggu depan, selepas harga sawit seolah-olahmeningkat terlalu tinggi dan terlalu cepat.

“Tumpuan akan diberikan kepada eksport Malaysia pada 1-20 dan 1-25 Okt yang dijangka berkurangan berbandingkenaikan pada 1-15 Okt berikutan kenaikan harga produk tunai dan penilaian berlebihan yang berterusan terhadap minyak kacang soya selama lebih sebulan sekarang.

“Selain itu, tumpuan juga akan diberikan kepada data pengeluaran pada 1-20 Okt daripada Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA),” katanya.

Bagi minggu dagangan yang baru berakhir, niaga hadapan MSM kebanyakannya lebih rendah menjejaki niaga hadapan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), jangkaan pengeluaran yang lebih lemah dan penurunan harga minyak mentah.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta November 2024 susut RM67 kepada RM4,318 setan, Disember 2024 jatuh RM76 kepada RM4,274 setan dan Januari 2025 turun RM60 kepada RM4,255 setan.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...