Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka bergerak mendatar dengan sedikit kecenderungan menurun minggu hadapan berikutan pengeluaran yang dijangka meningkat padaminggu-minggu akan datang.

“Kami menjangkakan komoditi ini akan diniagakan pada paras antara RM3,780 dan RM3,930 satu tan,” kata peniaga minyak sawitDavid Ngkepada Livevartha.

Peniaga kanan minyak sawit Interband Group of CompaniesJim Tehberkata harga komoditi itu dijangka berada dalam lingkungan antara RM3,800 dan RM3,860 satu tan pada minggu hadapan.

Beliau berkata julat harga semasa merupakan tawaran yang baik untuk pembeli fizikal dari China, India, Pakistan, Timur Tengah dan negara-negara Kesatuan Eropah.

Mengulas mengenai cuaca, Teh berkata keadaan semasa adalah ideal untuk penanaman kelapa sawit, dengan iklim tropika yang menggalakkan menyokong pertumbuhan tanaman yang sihat.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta baharu Jun 2025 turun RM15 kepada RM3,824 satu tan, Julai 2025 naik RM8 kepada RM3,836 satu tan, manakala Ogos 2025 menokok RM12 kepada RM3,827 satu tan.

Kontrak September 2025 naik RM13 kepada RM3,821 satu tan, Oktober 2025 meningkat RM15 kepada RM3,824 satu tan dan November 2025 bertambah RM13 kepada RM3,831 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 331,960 lot daripada 378,493 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 244,075 kontrak daripada 239,366 kontrak sebelumnya.

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...