Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniaga Dalam Jajaran Terhad Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniaga Dalam Jajaran Terhad Minggu Depan

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniaga Dalam Jajaran Terhad Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Sept(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal suram minggu hadapan disebabkan oleh sentimen lemah minyak kacang soya dan kebimbangan berterusan mengenai peningkatan stok minyak sawit di negara ini, kata peniaga komoditi David Ng.

“Kami menjangkakan harga komoditi ini akan diniagakan antara RM3,750 dan RM3,900 setan minggu depan,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Peniaga Kanan Minyak Sawit Interband Group of CompaniesJim Teh mengunjurkan niaga hadapan MSM akan diniagakan dalam julat RM3,730 hingga RM3,830 setan minggu hadapan.

Ini berikutan permintaan yang kukuh dari pasaran utama seperti China, Indiadan Kesatuan Eropah (EU).

"Dari segi stok, kami menjangkakan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan mengeluarkan data pada 10 September, iaitu Selasa depanuntuk mengetahui kedudukan stok bulan Ogos.

"Disebabkan cuaca yang baik, paras stok mungkin meningkat," katanya menambah permintaan dijangka daripadapasaran biasa iaitu China, India, Pakistan, negara-negara Timur Tengah, EUdan Amerika Syarikat.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta September 2024 jatuh RM95 kepada RM3,980 setan, Oktober 2024 turun RM80 kepada RM3,935 setandan November 2024 susut sebanyak RM79 kepada RM3,898 setan.

Kontrak Disember 2024 menyusut RM71 kepada RM3,874 setan, Januari 2025 menurun RM63 kepada RM3,861 setandan Februari 2025 merosot RM52 kepada RM3,858 setan.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Meningkat Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Meningkat Sedikit Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jan(Livevartha) — Pasaran getah...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniaga Dalam Jajaran Terhad Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Jangka Pengambilan Untung Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jan(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Diniagakan Sekitar 4.50 Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Sekitar 4.50 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah KUALA LUMPUR, 18 Jan (Livevartha) –Ringgit dijangka diniagakan...

Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah Dijangka Sokong FBM KLCI Minggu Depan
Pasaran

Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah Dijangka Sokong FBM KLCI Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 18 Jan(Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia...