Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Dijangka Dalam Dagangan Terhad Minggu Depan Berikutan Cuti Hari Raya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Dalam Dagangan Terhad Minggu Depan Berikutan Cuti Hari Raya

Niaga Hadapan MSM Dijangka Dalam Dagangan Terhad Minggu Depan Berikutan Cuti Hari Raya

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan yang terhad minggu depan berikutan cuti Hari Raya Aidilfitri, kata peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh.

Beliau berkata dagangan itu dijangkakan antara RM4,000 dan RM4,200 satu tan, didorong oleh aktiviti pengambilan untung, dalam keadaan kenaikan tarif yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kepada beberapa negara termasuk yang berada di Kesatuan Eropah.

"Bagaimanapun, dari segi paras stok fizikal, setakat ini adalah baik. Kami tidak mendapat maklumat mengenai kekurangan dalam pasaran, dan tiada penyusutan bekalan di Malaysia dan Indonesia," katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, peniaga minyak sawit David Ng berkata pasaran diunjur diniagakan dengan kecenderungan menyusut sedikit minggu depan berikutan potensi aktiviti pengambilan untung berikutan kenaikan harga baru-baru ini.

“Kami menjangkakan harga diniagakan antara RM4,320 dan RM4,450 satu tan,” katanya

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta April 2025 meningkat RM111 kepada RM4,762 satu tan manakala Mei 2025 dan Jun 2025 masing-masing naik RM44 kepada RM4,551 satu tan dan RM4,419 satu tan.

Kontrak Julai 2025 naik RM52 kepada RM4,312 satu tan, Ogos 2025 menokok RM62 kepada RM4,239 satu tan dan September 2025 meningkat RM75 kepada RM4,200 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 441,127 lot daripada 364,344 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 258,352 kontrak daripada 256,932 sebelumnya.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...