Thursday , 26 December 2024
Home Pasaran NIAGA HADAPAN MSM DIJANGKA CENDERUNG MENINGKAT MINGGU DEPAN
Pasaran

NIAGA HADAPAN MSM DIJANGKA CENDERUNG MENINGKAT MINGGU DEPAN

NIAGA HADAPAN MSM DIJANGKA CENDERUNG MENINGKAT MINGGU DEPAN

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik minggu depan memandangkan prospek output yang lebih lemah pada beberapa minggu akan datang.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata pedagang akan memantau dengan teliti situasi banjir di Malaysia dan laporan bulanan bekalan dan permintaan daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia minggu depan.

“Mengenai situasi banjir, ia bergantung kepada keadaan cuaca. Sukar untuk mengetahui sama ada ia akan berlanjutan pada minggu depan tetapi pasaran menjangkakan output akan lemah untuk bulan ini.

“Banjir berkemungkinan akan menyumbang kepada harga komoditi yang lebih tinggi. Oleh itu, kami menjangkakan harga diniagakan antara RM5,100 dan RM5,250 setan,” katanya kepada Livevartha.

Memetik syarikat AmSpec Agri Malaysia, beliau berkata eksport minyak sawit Malaysia bagi 1-30 Nov jatuh 10.35 peratus bulan ke bulan disebabkan permintaan minyak sawit yang lebih rendah mengikut musim.

Sementara itu, data Persatuan Pengilang-Pengilang Kelapa Sawit Semenanjung Selatan (SPPOMA) menunjukkan anggaran pengeluaran minyak sawit di kilang semenanjung selatan untuk 1-30 Nov berbanding 1-31 Okt turun 5.30 peratus.

“Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) menjangkakan pengeluaran minyak sawit Malaysia turun 10.33 peratus bagi tempoh 1-30 Nov,” tambahnya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Disember 2024 melonjak RM98 kepada RM5,336 setan, Januari 2025 meningkat RM117 kepada RM5,242 setan, Februari 2025 naik RM108 kepada RM5,128 setan, Mac 2025 bertambah RM80 kepada RM4,983 setan, April 2025 melonjak RM47 kepada RM4,819 setan dan Mei 2025 menambah RM22 kepada RM4,662 setan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 441,315 lot daripada 402,631 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 234,629 kontrak daripada 227,559 kontrak seminggu sebelumnya.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 24 Dis (Livevartha) –Bursa Malaysia dibuka...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Pagi Ini
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Pagi Ini

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Dis (Livevartha)–Ringgit dibuka lebih...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Dis (Livevartha) — Kontrak...

Ringgit Ditutup Tinggi Mendapat Rangsangan Daripada Kenaikan Harga Minyak
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Mendapat Rangsangan Daripada Kenaikan Harga Minyak

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin KUALA LUMPUR, 24 Dis(Livevartha) — Ringgit mengekalkan trajektori...