Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniaga Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniaga Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniaga Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Livevartha) –Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan berikutan pengukuhanringgit, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran dalam beberapa minggu akan datang.

"Minggu depan, kami melihat harga mungkin diniagakan antara RM3,800 satu tan metrik dan RM3,950 setan metrik," katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata MSM akan didagangkanantara RM3,700 dan RM3,800 satu tan metrik.

"Dari segi saham, Lembaga Minyak Sawit Malaysia akan mengeluarkan statistik eksport dan kedudukan saham bagi Julai pada 12 Ogos.

“Permintaan fizikal akan datang dari China, India, Pakistan, negara Timur Tengah dan beberapa negara Eropah,” katanya.

Bagidagangan baharu berakhir mingguini,pasaran diniagakan kebanyakannya lebih rendah disebabkan oleh harga minyak kacang soya lebih lemah diLembaga PerdaganganChicago(CBOT), kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran dalam beberapa minggu akan datang serta ringgit lebih kukuh yang terus membebani harga minyak sawit.

Pada asas mingguan, kontrak Ogos2024 ditutup rendahRM23 kepadaRM4,021 satu tan metrikpada Jumaat, mankala September merosotRM3 kepadaRM3,972 setan metrik, Oktober2024 berkuranganRM25 kepadaRM3,917 satu tan metrik, November 2024 turun RM46 kepadaRM3,881 setan metrik, Disember2024 jatuh RM66 kepada RM3,859 satu tan metrik danJanuari2025 merosotRM85 kepadaRM3,848 setan metrik.

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...