KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif dibuka meningkat hari ini, seiring denganprestasi kukuh asas pasaran tunai.
Pada 9.20 pagi, kontrak bulan semasa Julai 2025 naik 8.0 mata kepada 1,541.0, Ogos 2025 meningkat 6.0 mata kepada 1,539.0manakala September naik 7.0 mata kepada 1,520.0 dan Disember 2025 meraih 2.5 mata kepada 1,518.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,074 lot dengan kepentingan terbukaberjumlah 35,475 kontrak.
FBM KLCI meningkat 1.33 mata kepada 1,534.29 selepas 33 minit dagangan dijalankanberbanding 1,532.96 pada akhir dagangan semalam.
— Livevartha