Home Pasaran Niaga Hadapan Getah Ditutup Rendah Sejajar Dengan Pasaran Serantau
Pasaran

Niaga Hadapan Getah Ditutup Rendah Sejajar Dengan Pasaran Serantau

Niaga Hadapan Getah Ditutup Rendah Sejajar Dengan Pasaran Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Livevartha) –Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah disebabkan oleh kelemahan dalam petunjuk daripada pasaran niaga hadapan getah serantau dan data ekonomi China yang agak lembap, kata seorang peniaga.

Sentimen pasaran juga terjejas oleh kebimbangan mengenai prospek ekonomi global yang disebabkan oleh hubungan perdagangan China-Amerika Syarikat (AS) yang semakin merosot, ketidakpastian terhadap tarif perdagangan AS dan ketegangan geopolitik di Eropah serta Timur Tengah yang memuncak.

"Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dihadkan oleh harga minyak mentah yang mantap di tengah -tengah lonjakan keyakinanuntuk lebih banyak rangsangan daripada China," katanya kepada Livevartha.

Beliau menjelaskanharga getah Jepun jatuh ke tahap terendah lebih dari setahun hari ini, ditekan oleh penurunan permintaan dari pengguna China selainjangkaan peningkatan bekalan dari musim penorehan.

"Pada masa yang sama, sektor pembuatan China tanpa disangka telah menyusut pada Mei, dengan Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan Caixin (PMI) merosot kepada 48.3 berbanding 50.4 sebelum ini.

"Sementara itu, PMI pembuatan rasmi China kekal dalam fasa penguncupan pada 49.5, mencerminkan impak ekonomi tarif AS ke atas negara tersebut,"katanya, sambil menambah bahawa hubungan perdagangan AS-China telah tegang selepas Presiden AS Donald Trump menuduh China melanggar perjanjian perdagangan, yang kemudiannya dinafikan China.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR 20 telah turun sebanyak 12 sen kepada 686.5 sen sekilogram dan lateks pukal berkurangan 8.0 sen kepada 612.5 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Belian Semasa Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Belian Semasa Harga Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 5 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Ketika Data Ekonomi AS Lemah
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Ketika Data Ekonomi AS Lemah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 5 Jun (Livevartha)...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Eksport Kukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Eksport Kukuh

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 4 Jun(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Kebimbangan Peningkatan Tarif
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Kebimbangan Peningkatan Tarif

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4 Jun(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...