Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI Kekal Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Kekal Mengukuh Minggu Depan

Niaga Hadapan FBM KLCI Kekal Mengukuh Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meneruskan pergerakan mengiring dengan kecenderungan menaik, kata seorang penganalisis.

Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata pelabur kekal berhati-hati walaupun terdapat beberapa keuntungan dalam indeks penanda aras, memandangkan pengaruh faktor luaran.

“Kami percaya kelemahan dalam saham teknologi dan kecerdasan buatan (AI) akan berterusan sehingga minggu depan, berpotensi menimbulkan cabaran kepadapasaran tempatan sehingga isu yang mengelilingi pembuat cip Amerika Syarikat (AS) diselesaikan.

“Memandangkan penilaian ekuiti tempatan yang menarik, kami menjangkakan indeks penanda aras akan didagangkan secara mengiring dengan kecenderungan menaik dalam jajaran 1,600-1,620 bagi minggu akan datang,”katanya kepada Livevartha.

Untuk minggu dagangan yang baru berakhir, Januari 2025 menyusut 31.5 mata kepada 1,599.0, Februari 2025 turun 35 mata kepada 1,600.0, manakala kontrak Mac 2025 serta Jun 2025 masing-masing jatuh 35.5 mata kepada 1,582.5 dan 1,588.0.

Jumlah dagangan merosot kepada 30,969 lot berbanding 41,378 lot yang disaksikan pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka lebih tinggipada 42,928 kontrak daripada 42,706 kontrak.

Dari Jumaat ke Jumaat,indeks utama susut 27.05 mata kepada 1,602.41 berbanding 1,629.46 minggu lepas.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...