Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Tidak Berubah Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Tidak Berubah Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Tidak Berubah Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tidak berubahpada minggu hadapan dengan kecenderungan menaik sehingga pemangkin baharu muncul, kata seorang penganalisis.

Timbalan Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Lengmenjangkakan FBM KLCI akan turun naikantara 1,570 dan 1,600 pada minggu hadapan, mewakili paras sokongan dan rintangan.

"Kami menasihatkan pelabur untuk peka terhadap peluang membeli ketika indeks penanda aras menghampiri paras terlebih jual," katanya kepada Livevartha.

Untuk minggu yang baru berakhir, kontrak Februari 2025 menurun 11.0 mata kepada 1,578.5, Mac 2025 susut27.5 mata kepada 1,542.0, Jun 2025 merosot 28.5 mata kepada 1,545.5dan September 2025 berkurang31.0 mata kepada 1,532.0.

Jumlah dagangan melonjakkepada 180,892 lot daripada 31,820 lot pada minggu sebelumnyamanakala kepentinganterbuka berkembang kepada 49,479 kontrak daripada 43,920 kontrak sebelumnya.

Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, indeks utama menyusut16.33 mata kepada 1,574.70 berbanding 1,591.03 minggu sebelumnya.

— Livevartha

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...