Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI dijangka meningkat minggu depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI dijangka meningkat minggu depan

Niaga Hadapan FBM KLCI dijangka meningkat minggu depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Julai(Livevartha) — Kontak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak seiring dengan prestasi asaspasaran tunai, minggu depan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng memberitahu Livevartha,pasaran juga dijangka dalam mod konsolidasi dengan kecenderungan untuk meningkat.

“Sehingga pemangkin baharu wujud, pasaran kelihatan stabil dalam julat tertentu dan menunjukkan daya tahan walaupun selepas mencatat penurunan baru-baru ini,”katanya.

Bagi minggu dagangan baru berakhir, bulan semasa Julai 2024 susut 26.5 mata kepada 1,613.5, Ogos 2024 dan September 2024 masing-masing turun 25.5 mata kepada 1,617.5 dan 1,601.0manakala Disember 2024 berkurangan 26.0 mata kepada 1,608.0.

Sepanjang dagangan minggu ini, jumlah dagangan meningkat kepada 79,667 lot daripada 22,558 lot pada minggu sebelumnyamanakala kepentingan terbuka bertambah kepada 81,910 kontrak daripada 50,832 kontrak sebelum ini.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, FBM KLCI susut 23.67 mata kepada 1,612.88 daripada 1,636.55 minggu lepas.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...