Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Pada Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Pada Minggu Depan

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Pada Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka akan bergerak sejajar dengan asas pasaran tunai pada minggu depan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran tempatan diunjurkan kekal stabil, dengan sentimen secara keseluruhan bertambah baik, walaupun beberapa pengambilan untung mungkin berlaku.

“Indeks menunjukkan momentum kenaikan yang mantap, didagangkan atas purata pergerakan eksponen 20 hari dan 50 hari, ini mengukuhkan aliran menaik semasa.

“Rintangan mungkin dilihat pada paras 1,680 serta 1,700, dengan sokongan pada 1,635 dan 1,620,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata walaupun unjuran kekal positif, pelabur dinasihatkan agar berhati-hati memandangkan pasaran sedang menghampiri tahap terlebih beli.

Bagi minggu yang baru berakhir, kontrak Ogos 2024 meningkat 56 mata kepada 1,670.5, kontrak September 2024 serta Mac 2025 masing-masing memperoleh 49 mata kepada 1,671.5 dan 1,662, Disember 2024 melonjak 50.5 mata kepada 1,677.5.

Jumlah dagangan menokok kepada 205,479 lot berbanding 46,457 lot yang dicatatkan pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 65,635 kontrak daripada 49,429 kontrak.

Dari Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI meningkat sebanyak 43.06 mata kepada 1,678.80 daripada 1,635.74 minggu lepas.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Hambar Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Hambar Wall Street

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, April 17 (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Ekoran Ketidakpastian Dasar Tarif AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Ekoran Ketidakpastian Dasar Tarif AS

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 17 April (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street, Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street, Sentimen Berhati-hati

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 16 April (Livevartha)–Bursa Malaysia menyaksikan...

Niaga MSM Ditutup Rendah Berikutan Kebimbangan Peningkatan Pengeluaran
Pasaran

Niaga MSM Ditutup Rendah Berikutan Kebimbangan Peningkatan Pengeluaran

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 16 April (Livevartha) –Kontrak niaga...