Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 12 April(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajarankecil, mencerminkan pergerakan asas pasaran tunai minggu depan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran tunai berkemungkinan kekal tidak menentu di tengah-tengah kebimbangan yang berterusan terhadap prospek perdagangan global.

"Kami menjangkakan berlakunya turun naik yang tinggi dalam pasaran tempatan yang akan berterusan minggu depan. Sehubungan itu, kami menjangka indeks penanda aras bergerak dalam julat 1,430 hingga 1,493," katanya kepada Livevartha.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak April 2025 dan Mei 2025 masing-masing susut 54.5 mata untuk ditutup pada 1,448.00 dan 1,446.50.

Kontrak Jun 2025 turun 51.5 mata kepada 1,443.00, manakala September 2025 susut 52.5 mata kepada 1,430.00.

Jumlah dagangan mingguan melonjak kepada 75,774 lot daripada 25,964 lot sebelumnya, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 47,008 kontrak daripada 44,881 kontrak.

Indeks penanda aras pasaran tunai turun 49.38 mata kepada 1,454.76 daripada 1,504.14 pada minggu sebelumnya.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 15 April (Livevartha)– Bursa Malaysia dibuka meningkat pada Selasa, dipacu...

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 15 April (Livevartha)– Ringgit memulakan...

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 14 April(Livevartha) — Niaga hadapanFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama
Pasaran

Ringgit Tinggi, Dolar Merosot Susulan Pertikaian Perdagangan Meningkat

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 April(Livevartha) — Ringgit terus...