Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Bergerak Dalam Jajaran Terhad Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Bergerak Dalam Jajaran Terhad Minggu Depan

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Bergerak Dalam Jajaran Terhad Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 17 Ogos(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran terhad minggu depan seiring dengan pasaran tunai pendasar.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata indeks petunjuk pasaan itu dijangka bergerak dalam jajaran 1,610-1,632 minggu depan apabila momentum menunjukkan kemungkinan menuju ke arah paras rintangan pada 1,632.

Sementara itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata sekiranya ekonomi Amerika Syarikat boleh mengawal inflasinya, Bursa Malaysia berpotensi meningkat ke paras1,620-1,630 minggu depan.

“Dengan asas tempatan yang kukuh dan situasi global yang memberi impak positif kepada kita, saya menjangkakan akan berlaku banyak pergerakan meningkat,” katanya kepada Livevartha.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, kontrak Ogos2024 meningkat31.5 mata kepada1,625, September 2024 naik30.5 mata kepada 1,606, manakala Disember2024 dan Mac2025 menokok 31.0 mata setiap satu masing-masing kepada1,612 dan1,598.

Sepanjang minggu yang baru berakhir ini, jumlah dagangan turun kepada38,107lot daripada76,617 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbukasusut kepada48,130 kontrak daripada48,975 kontrak.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat,FBM KLCI naik 27.85 mata kepada1,623.90daripada paras1,596.05 pada minggu sebelumnya.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...