Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam sentimen tidak menentu minggu depan menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 6 hingga 7 November ini dijangka memberikan pengaruh yang stabil di tengah-tengah ketidaktentuan yang didorong pilihan raya berkenaan.

“Walaupun keputusan pilihan raya itu mungkin akan membentuk sentimen pasaran AS, kami menjangka kesan langsung yang minimum terhadap pasaran Malaysia kerana pelabur tempatan sebahagian besarnya mengambil sikap berhati-hati.

“Sehubungan itu, pendekatan tunggu dan lihat mungkin mendominasi dagangan, dengan pelabur di Malaysia memantau teliti reaksi Wall Street dan mempertimbangkan implikasi terhadap dasar ekonomi AS,” katanya.

Konsensus pasaran semasa menjangkakan penurunan kadar sebanyak 25 mata asas, merendahkan kadar dana persekutuan kepada 4.50-4.75 peratus.

Langkah ini mencerminkan penurunan inflasi ke arah sasaran Rizab Persekutuan AS iaitu 2.0 peratus dan peningkatan kadar pengangguran AS, justeru memperlihatkan pasaran buruh adalah lebih lemah.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng menjangka penurunan yang berlaku baru-baru ini apabila FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut di bawah paras sokongan utama 1,600, menyediakan permulaan yang menarik bagi pelabur jangka masa pendek dan panjang.

Beliau turut mengunjurkan minat yang berterusan terhadap kaunter perladangan ketika harga minyak sawit mentah meningkat.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 10 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...