Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Meningkat Susulan Minat Tinggi Terhadap Emas
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Meningkat Susulan Minat Tinggi Terhadap Emas

Niaga Hadapan Emas Meningkat Susulan Minat Tinggi Terhadap Emas

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Livevartha) — Niaga hadapan emas di BursaMalaysia Derivatives mengukuhhari inisusulan daripada minat tinggiterhadap komoditiemas global yang dipacu oleh permintaan berterusan daripada bank pusat, kata seorang penganalisis.

Rakan pengurusan SPI Asset ManagementStephen Innes berkata pasaran emas mencatatkan paras tertinggi hari inidan permintaan terhadap komoditi ituterutamanya dilihat dari blok BRICS,giat mengurangkan pergantungan terhadap dolar Amerika Syarikat (AS).

“Selain itu, ugutan Presiden AS Donald Trump untuk mengenakan tarif 100 peratus ke atas negara BRICS jika mengetepikan dolar AS, meningkatkan keperluan untuk mengumpulstok simpananjongkong emas,” katanya kepada Livevartha.

Innes berkatapeniaga emas dan dana lindung nilai di Barat sedang menyimpan emasmanakala di Asia, pembeli beralih kepada emas sebagai pelindungterhadap kesanekonomi daripada perang perdagangan dan sebagai simpanan nilai yang kekal.

"Dengan BRICS+ mengawal 42 peratus daripada rizab mata wang asing bank pusat global selainberalih ke arah emas, ini bukan sekadar satu lonjakan spekulatif lagi sebaliknyaia merupakanperalihan besar dalam landskap kewangan global," katanya.

Kontrak bulan semerta Februari2025meningkat kepada US$2,866.90 setiap auns troy daripada US$2,807.20 setiap auns troy pada Selasa.

Kontrak Mac 2025 naikkepada US$2,877.90 setiap auns troy daripada US$2,819.20 setiap auns troy semalam.

Kontrak April 2025, Mei 2025dan Jun 2025 kekal stabil kepada US$2,884.90 setiap auns troy daripada US$2,826.20 setiap auns troy.

Jumlah dagangan melonjak kepada97 lot daripada 34 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka bertambah kepada133 kontrak daripada 73 kontrak.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...