Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Kekal Kukuh Di Tengah-Tengah Ketidaktentuan Pasaran Bon Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Kekal Kukuh Di Tengah-Tengah Ketidaktentuan Pasaran Bon Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Kekal Kukuh Di Tengah-Tengah Ketidaktentuan Pasaran Bon Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 April(Livevartha) –Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal kukuh minggu depan, disokong oleh jangkaan pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kestabilan pasaran bon AS.

Pengarah Urusan SPI Asset ManagementStephen Innes berkata walaupun dolar AS yang lemah terus menyokong harga emas, pemacu utama pada masa ini adalah daya tarikan yang semakin berkurangan terhadap Perbendaharaan AS sebagai aset pelaburan yang selamat.

“Perbendaharaan AS secara tradisinya dilihat sebagai instrumen pelaburan yang selamat, tetapi kini tidak lagi menawarkan kestabilan seperti yang diharapkan hingga mendorong pelabur beralih kepada emas,” katanya kepada Livevartha.

Innes menambah tindakan China untuk menyamakan kenaikan tarif sebanyak 100 peratus terhadap barangan AS menyerlahkan risiko konflik perdagangan yang berpanjangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu.

Walaupun pasaran mula mengurangkan kesan ekonomi secara langsung, ketidaktentuan yang berterusan dijangka mengekalkan permintaan terhadap emas.

Dari Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta April meningkat kepada US$3,224.00 setiap auns troy daripada US$3,105.20 setiap auns troy minggu lepas, manakala Mei 2025 naik kepada US$3,234.40 setiap auns troydaripada US$3,126.80 setiap auns troy.

Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2025 masing-masing meningkat kepada US$3,246.80 setiap auns troy daripada US$3,126.80 setiap auns troy minggu lepas.

Jumlah dagangan melonjak kepada 2,738 lot daripada 340 lot sebelumnya, manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 1,232 kontrak daripada 141 kontrak.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Kekal Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Kekal Tidak Menentu Minggu Depan

Kredit: MPOC Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 12 April (Livevartha)...

Pasaran Getah Dijangka Diniaga Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniaga Mendatar Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 12 April(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 12 April(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan FTSE...

Ringgit Dijangka Meningkat Minggu Depan Berikutan Kelemahan Dolar US
Pasaran

Ringgit Dijangka Meningkat Minggu Depan Berikutan Kelemahan Dolar US

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 12 April (Livevartha) –Ringgit dijangka...