Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Minat Belian Baharu
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Minat Belian Baharu

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Minat Belian Baharu

KUALA LUMPUR, 3 Sept(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, disokong oleh minat belian baharuwalaupun prestasi lemah di pasaran emasBursa Komoditi New York (COMEX).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semertaSeptember 2024 meningkat kepadaUS$2,523.70 setiap auns troy daripada US$2,516.30 setiap auns troy pada Isnin.

Kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari2025, dan April 2025 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,526.00 setiap auns troy daripada US$2,518.60 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan melonjak kepada lapan lot daripada dua lotmanakala kepentingan terbukamenokok kepada36 kontrak daripada 29 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$2,498.60 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 2 Sept, 2024.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...