Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives terus mencatatkan aliran menaik pada Jumaat, menjejaki peningkatan pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX)Amerika Syarikat (AS) yang stabil, kata penganalisis.
Beliau berkatawalaupun dolar AS mengukuh, permintaan terhadap emas yang tinggi mendorong harga meningkat.
“Selain itu, ketegangan semakin memuncak dalam konflik Rusia-Ukraine mendorong minat pelabur terhadap emas kerana mereka memilih pelaburan selamat berikutan ketidakstabilan dalam pasaran ekuiti,” katanya kepada Livevartha.
Kontrak semerta November 2024 menokok kepadaUS$2,698.70 setiap auns troy daripadaUS$2,670.30 setiap auns troy pada Khamis.
Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025 ditutup tinggi kepadaUS$2,712.10 setiap auns troy berbandingUS$2,683.70 sebelumnya.
Jumlah dagangan menyusut kepada lapan lot daripada 12 lot semalammanakala kepentingan terbuka menurun kepada 28 kontrak daripada 31 kontrak sebelumnya.
Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 21 Nov, harga emas fizikal berada padaUS$2,665.30 setiap auns troy.
— Livevartha