Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Jejaki Pasaran Global Ke Paras Tertinggi Baharu
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Jejaki Pasaran Global Ke Paras Tertinggi Baharu

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Jejaki Pasaran Global Ke Paras Tertinggi Baharu

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Livevartha) –Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutupdengan kukuh pada Jumaat, mengikutirapat pasaran emas global apabila harga melonjak ke paras tertinggi baharu sepanjang masa iaitu US$2,990,21 seaun, kata seorang penganalisis.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innesberkata harga emas melonjak ke rekodtertinggi berikutanserangan tarif Presiden Amerika Syarikat, Donald Trumpdan kebimbangan pertumbuhan yang berpanjangan mendorong pelabur untuk beralih kepada aset selamat.

"Satulagi rangsanganuntuk emas berlaku pada Khamis apabila Trump mempertingkatkan perang dagangnya selainmengancam untuk mengenakan tarif 200 peratus ke atas wain Eropah, champagnedan import alkohollain.

“Trumpjuga menolak pemansuhan levi keluli dan aluminium yang berkuat kuasa minggu ini dan mengesahkan komitmennya untuk menghapuskan tarif timbal balik yang ditetapkan seawal 2 April,” katanya kepada Livevartha hari ini.

Kontrak bulan semertaMac 2025 meningkatkepada US$2,999.60 setiap auns troy daripada US$2,951.20 pada Khamismanakala April 2025 naikkepada US$3,009.90 daripada US$2,961.50.

Mei 2025, Jun 2025dan Ogos 2025 semuanya melonjak kepada US$3,019.90 setiap auns troy daripada US$2,971.50 setiap auns troy pada Khamis.

Jumlah dagangan menokokkepada 419 lot daripada 281 lotmanakala kepentinganterbuka berkembangkepada 454 kontrak daripada 351 kontrak.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 13 Mac 2025, harga emas fizikal berada pada US$2,974.05 setiap aunstroy.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...