Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Ekoran Kebimbangan Mengenai Fiskal AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Ekoran Kebimbangan Mengenai Fiskal AS

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Ekoran Kebimbangan Mengenai Fiskal AS

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh permintaan terhadap aset selamat berikutan penurunan penarafan kredit Amerika Syarikat (AS), yang mencetuskan semula kebimbangan terhadap kredibiliti fiskal Washington.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata pelabur kini beralih kepada aset logam memandangkan risiko kedaulatan AS kembali wujud dan dolar AS menyusut.

Beliau berkata keadaan itu sekali gus mendorong emas sebagai lindung nilai ke atas keraguan yang semakin ketara terhadap kemampanan fiskal jangka masa panjang AS.

Mei 2025 meningkat kepada US$3,247.40 satu auns troy daripada US$3,218.10 pada Jumaat lepas, manakala Jun 2025 naik kepada US$3,261.10 setiap auns troy daripada US$3,232.00.

Julai 2025, Ogos 2025 dan Oktober 2025 masing-masing menokok kepada US$3,274.80 setiap auns troy daripada US$3,245.70 sebelum ini.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 108 lot daripada 283 lot sebelum ini manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 157 kontrak daripada 49 kontrak.

Berdasarkan penetapan harga sebelah petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 16 Mei, emas fizikal berharga US$3,182.95 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...