Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Sedikit Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Sedikit Tinggi

Niaga Hadapan Emas Ditutup Sedikit Tinggi

Gambar Fail

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 24 April(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit tinggi hari ini, disokong oleh dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah di tengah-tengah kebimbangan perang perdagangan global yang berterusan.

Pengarah UrusanSPI Asset ManagementStephen Innes berkata demikian susulan penurunan ketara dengan harapan berlakunya gencatan dalam perang perdagangan, bagi membolehkan emas meningkat ketika pasaran menilai semula apa yang sebenarnya ditawarkan.

“Usaha damai Washington tidak jelas dan maklumat mengelirukan berhubung tarif menyebabkan keadaan tidak menentu.

“Sehingga ada mesej yang konsisten atau rangka kerja penyelesaian yang boleh dipercayai, emas kekal sebagai pelindung nilai dalam ketidakpastian,” katanya kepada Livevartha.

Ketika ditutup hari ini, kontrak semerta April 2025 lebih rendah sedikit kepadaUS$3,338.70 setiap auns troy daripadaUS$3,340.60 setiap auns troy pada Rabu, dan kontrak Mei 2025 merosot kepadaUS$3,347.70 setiap auns troy daripadaUS$3,349.60 setiap auns troy.

Kontrak Jun 2025, Julai 2025 dan Ogos 2025 semuanya meningkat kepadaUS$3,364.90 setiap auns troy daripadaUS$3,364.70 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan turun kepada243lot daripada 290lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 271 kontrak daripada 343 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapanLondon Bullion Market Association pada 23 April, harga emas fizikal berada padaUS$3,262.95 setiap auns troy.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Sedikit Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...